Tips Untuk Kekal Sihat

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah saya sihat hari ini.  Anda bagaimana?  Sejak lepas musim banjir ni, ramai di kalangan kawan-kawan saya, termasuk ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan.  Dengan cuaca yang agak panas, saya memang sangat terasa persekitaran sangat berdebu.  Malah saya sendiri pun mula menunjukkan simptom-simptom nak demam.  Tapi kita kena fight awal-awal, kena jaga pemakanan, minum air yang bersih dan jaga kebersihan.

Anak-anak saya pun saya selalu pesan supaya basuh tangan dengan bersih sebelum nak makan, tapi anak-anak macam tu lah.. kadang-kadang dia lupa.  So, kita sebagai ibu kena sentiasa alert dengan anak-anak.

Antara tips sihat yang boleh diamalkan :

1. Minum air putih 2-3 Liter sehari.
Orang dewasa disarankan minum air putih 2-3 liter sehari.  Sebolehnya air yang diminum itu air mineral, air bertapis atau air masak.  Bagi kita yang bekerja, bawalah bekal air ke tempat kerja.  Kalau saya sendiri, saya letak dekat meja, kalau letak jauh dari pandangan kita, mesti kita lupa nak minum bila dah sibuk dengan kerja.
Kepentingan minum air putih yang mencukupi ianya dapat mengekalkan suhu badan kita selain membuang toksin dalam badan secara semulajadi.  Kulit pun jadi lembab dan juga membantu untuk kesihatan buah pinggang kita..

2. Sarapan Pagi
Breakfast ni ramai juga yang skip, maklumlah pagi-pagi nak siapkan anak-anak lagi, nak siapkan diri sendiri lagi, sampai tak sempat nak breakfast.
Breakfast tak semestinya kita makan makanan berat seperti mee goreng ker, nasi lemak ker, roti canai ker.. Sebenarnya ia sudah memadai dengan makanan yang mengandungi sedikit protein atau roti wholemeal, atau segelas susu.  Kalau saya sendiri, sarapan paling mudah saya shake ESP dengan any juice yang saya suka, then roti sekeping.. Itu sudah memadai daripada saya tak makan langsung.
Researcher mengatakan "orang yang suka skip breakfast lebih terdorong untuk makan lebih banyak".. so..ingat tu.. bagi sesiapa yang nak maintain slim ker.. jangan lupa ambil breakfast.

3. Makan makanan yang baik
Pilih makanan yang sihat dan berkhasiat.  Pastikan dalam hidangan kita ada sayur, ada protein, ada buah. Itu sebaiknya.  Tapi bila makan diluar tu, nak tak nak kita belasah jer mana yang nampak membuka selera kita tanpa kita fikir menu sihat untuk tubuh badan kita.  Kadang-kadang kedai makan pun tak banyak pilihan sayur.. So bagi kita yang makan tak cukup sayur dan buah dalam hindangan harian, perlu ambil supplement untuk menampung jurang pemakanan tersebut.

4.  Makan pada waktu yang betul
Waktu makan malam yang baik agar makanan mudah dihadam adalah antara jam 5 petang hingga 8 malam.
Elakkan makan di lewat malam kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

5. Jaga Solat 5 kali sehari
Yang paling penting untuk tubuh yang sihat ialah jaga solat.  Setiap gerakan dalam solat akan memberi kesan positif untuk kesihatan kita sebenarnya. Dan waktu-waktu solat itu juga mempunyai hikmahnya untuk kehidupan yang sihat.  Nantikan entry saya berkenaan solat nanti.

Ok..tu antara tips-tips mudah untuk kita jaga kesihatan.

So..sayangi diri kita kerana Allah..jaga kesihatan dan pemakanan itu adalah Amanah tau..











Comments