PETUA HILANGKAN STRECHMARK

Assalamualaikum..

Apa Khabar?? sihat-sihat belaka hendaknya dimusim berjerebu ni.
Hari ini rasa nak explore pasal strechmark.  Sebabnya tertengok kesan strechmark saya dah makin kurang.  Lama benar tak berkesempatan nak belek-belek ni.. hehe.. tengok2 macam magic jer.. tak percaya lak..

Kesan Regangan atau lebih kita kenali sebagai Strechmark. Strechmark ini kebiasaanya berlaku kepada wanita yang hamil atau orang yang gemuk.  Kesan strechmark ini biasanya boleh didapati terutama pada perut, punggung, paha dan juga betis dan jarang-jarang di lengan.

Sebagai wanita, terutama selepas bersalin, kesan strechmark ini memang akan jelas kelihatan. Sangat buruk rasaya terutama jika baru-baru bersalin.

Wanita hamil terutamanya yang sangat mudah mendapat strechmark.  Apabila kandungan mula masuk trimester, perut semakin membesar dan sering berasa gatal.  Tangan kita seronok menggaru terutama tanpa disedari sewaktu kita tidur.

Petua untuk hilangkan Strechmark:-

1. Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang terbaik di dunia. Sangat tinggi nilai khasiatnya bukan sekadar sebagai supplement untuk tenaga malah juga bagus untuk rawatan kulit.  Minyak kelapa dara akan melembabkan kulit serta menghilangkan parut-parut dan juga bertindak sebagai antibiotik.  Seeloknya digunakan semasa hamil bagi mengurangkan rasa gatal.



 
2. Aloe Vera  mengandungi kolagen tumbuhan yang sangat baik untuk pemulihan kulit manusia.  Caranya adalah dengan mengambil gel dari batang Aloe Vera selepas dibuang kulitnya.  Sapukan pada kesan strechmark tersebut, biarkan sehingga 2 jam kemudian bilas bersih.  Untuk kesan yang lebih baik, gel Aloe Vera ini di campur dengan minyak Vitamin E.


3. Kentang adalah makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin.  Ia membantu dalam pemulihan sel-sel kulit. Cara menggunakan kentang untuk menghilangkan strechmark ialah, potong nipis kentang yang bersaiz sederhana, kemudian gosokkan dibahagian tersebut untuk beberapa minit. Kemudian bilas.



4. Gula  digunakan sebagai 'natural exfoliant' - pengelupasan semulajadi untuk kulit.  Ia merupakan salah satu remedi terbaik dari dapur untuk menghilangkan strech marks.  Ambil satu sudu besar gula, campurkan beberapa titik perahan lemon atau minyak zaiton atau minyak kelapa dara, sebatikan dan sapu dan gosokkan di pada kesan tersebut selama 8-10 minit, kemudian basuh.



5. Air sangat penting untuk memastikan kulit sentiasa lembab kerana air yang mencukupi di dalam badan berfungsi untuk membawa oksigen dan nutrients ke seluruh badan, ini akan dapat mengelakkan kulit kita mengalami pelbagai masalah.  Untuk mengurangkan Strechmark, minum air 2-3 liter seari agar kulit sentiasa lembut, lembab dan badan lebih terhidrat.



6. Lemon telah diiktiraf sebagai agen peluntur semulajadi yang sangat berkesan. Alfa Hdydroxy Asid (AHA) dan Vitamin C dalam lemon sangat cekap membuang kulit mati dan menjadikan strech mark hilang dengan lebih cepat.  Gunakan perahana lemon diurut secara pusingan pada strech marks tersebut selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam.  Boleh juga lemon dicampur dengan timun.



7. Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang dapat menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka secara semulajadi.  Selain untuk dimakan setiap hari bagi mengembalikan keanjalan kulit, Vitamin E juga elok untuk disapu sebagai masker.  Ambil sebiji Vitamin E, cucuk dengna jarum dan keluarkan minyak Vitamin E dari kapsul tersebut dan sapu rata ke permukaan kulit kawasan strechmarks tersebut.  Biarkan selama 1 jam kemudian bilas dengan air bersih.




8. Putih Telur sangat bermanfaat dan kaya dengan protien dan asid amino yang bole merawat parut atau luka dengan berkesan.  Asingkan putih telur dan kuning telur.  Ambil putih telur dan pukul sedikit dengan garfu, kemudian sapukan pada kawasan strechmark.  Boleh juga dicampur dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara, biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.



9.ESP adalah serbuk protien dari NON GMO soya yang mengandungi protien untuk membina blok-blok asas sel-sel badan.  Protien diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru dan dapat menggantikan sel-sel mati.  Minum ESP setiap pagi, anda akan rasai kesannya.


10.  Alfafa mengandungi asid amino dimana ia sangat berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit.  Ia diperkaya dengan Vitamin E, K dan protien yang membantu meningkatkan tona kulit.  Alfafa yang bersifat sebagai agent anti kulat.  Gunakan 3-4 biji alfafa dan dicampurkan dengan beberapa titis minyak chamomile untuk menjadikan pes, sapukan pada strechmark dan biarkan ia mengering selama 15-20 minit, gosokkan sebelum dibilas.

Untuk kesan yang lebih baik, rawatan dari dalam memberikan hasil yang lebih baik dan pengambilan supplement2 tersebut bukan sekadar untuk mengatasi masalah strechmark, malah ia dapat membantu mengatasi mana-mana masalah kesihatan yang berkaitan.


Dapatkan produk-produk Shaklee dari saya.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Alang 0192416411




Comments